Rawatan: Cabutan Gigi

Cabutan gigi merupakan prosedur yang diguna pakai apabila gigi telah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Kenapa gigi anda perlu dicabut?

  1. Kerosakan atau karies teruk (lubang pada gigi yg besar) 
  2. Penyakit gusi kronik (lanjut) beserta kelonggaran gigi pada gusi 
  3. Apabila gigi anda berhampiran dengan ketumbuhan (tumor) atau rahang yang patah 
  4. Gigi terbenam yg sering mengalami jangkitan kuman secara berulang di mana mempunyai risiko utk menyebarkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran
  5. Radang tisu pulpa (Pulpitis) 
  6. Merupakan sebahagian drpd rawatan ortodontik (braces) 
  7. Gigi patah/serpih yang melibat tisu pulpa (saraf dlm gigi)
  8. Apabila gigi susu masih tidak tercabut secara sendiri dan menghalang pertumbuhan gigi kekal

Apakah "Do and Don't" Selepas Cabutan Gigi?

Perlu Buat:

⁃ Rehat secukupnya.
⁃ Gigit kapas yg diberikan untuk  mengawal pendarahan sekurang-kurangnya  1 jam selepas prosedur atau sehingga pendarahan terhenti. 
⁃ Makan ubat-ubatan yang diberikan mengikut arahan doktor gigi.
⁃ Terhadkan pengambilan makan kepada makanan lembut atau minuman sejuk. 

Jangan Buat: 

– Jangan merokok sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan gigi dilakukan. 
– Jangan menyentuh tempat cabutan sama ada dengan lidah atau jari atau apa-apa alatan. 
– Jangan mengambil makanan  atau minuman yang berasid, berkabonat dan panas. 
– Jangan melakukan aktiviti berat.
– Jangan minum dengan menggunakan straw kerana meningkatkan risiko “dry socket”.

pg slot