Rawatan: Crown And Bridge

Rawatan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang dengan menyambungkan gigi-gigi palsu dengan gigi-gigi bersebelahan atau pun implan.

Apa Itu Dental Crown?

  • Dental Crown Adalah Satu Bahan Pergigian Yang Menutupi Keseluruhan Struktur Gigi/Sarung Gigi.
  • Dental Crown Akan Disimen Pada Permukaan Struktur Gigi Dan Ianya Berfungsi Sebagai Lapisan Gigi Yang Paling Luar.

Bilakah Doktor Gigi Akan Mengesyorkan Rawatan Dental Crown Kepada Anda?

  • Terdapat ‘caries’ Atau Lubang Yang Terlalu Besar Pada Permukaan Gigi.
  • Tampalan Pada Gigi Terlalu Kerap Tercabut/Patah.
  • Gigi Yang Telah Menjalani Rawatan Saluran Akar (Root Canal Treatment).
  • Gigi Yang Patah Kerana Jatuh/Kemalangan.
  • Bagi Memperbaiki Nilai Estetika Gigi Dan Senyuman.

Bagaimanakah Rawatan Dental Crown Dilakukan?

Langkah 1:

Doktor akan memeriksa gigi yang memerlukan ‘crown’.

Hal ini juga mungkin melibatkan pengambilan sinar-X (xray) gigi bagi memastikan status kesihatan gigi secara menyeluruh.

Doktor juga akan mengambil acuan gigi atau mulut pesakit terlebih dahulu.

Langkah 2:

Doktor akan membuang sebahagian lapisan luar gigi (crown preparation) bagi menyiapkan gigi untuk menerima dental crown.

Prosedur ini kebiasaannya akan dilakukan di bawah ubat bius setempat supaya pesakit berasa selesa dan tidak sakit.

Langkah 3:

Kemudian, Doktor akan mengambil acuan gigi yang telah dipotong dan juga gigi bersebelahan.

Langkah 4:

Acuan gigi akan dihantar ke makmal bagi penghasilan dental crown. Proses ini akan mengambil masa dalam beberapa hari (kebiasannya 10 hari bekerja).

**Doktor akan meletakkan crown sementara pada gigi pesakit untuk melindunginya sementara menunggu penghasilan dental crown di makmal siap dilakukan. **

Langkah 5:

Apabila dental crown telah disiap diproses, pesakit akan diberikan temujanji bagi lawatan kedua.

Doktor akan menggantikan crown sementara dengan dental crown yang sudah siap diproses. Dental crown akan di simen secara kekal pada gigi pesakit.

Jenis-Jenis Dental Crown

Jenis dental crown bergantung kepada jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkannya. Bahan-bahan tersebut termasuklah:

  • Porselin
  • Seramik
  • Zirkonia
  • Logam (metal)
  • Resin komposit
  • Gabungan bahan. Sebagai contoh, dental crown yang diperbuat dengan gabungan porselin dan logam,(porcelain-fused to metal).

Faktor Memilih Jenis Dental Crown Yang Sesuai

Bagi memilih jenis dental crown yang sesuai bagi pesakit, doktor anda akan mengambil kira beberapa faktor seperti:

  • Lokasi gigi (depan/belakang)
  • Berapa banyak strutur gigi yang akan kelihatan semasa pesakit tersenyum.
  • Kedudukan tisu gusi dan fungsi gigi yang memerlukan crown.
  • Berapa banyak struktur gigi asal yang tinggal.
  • Warna gigi asal bersebelahan.
  • Kos dental crown dan bajet pesakit.

Apa Itu Dental Bridge?

Dental bridge/Jambatan pergigian adalah gigi palsu (disebut pontik) yang dipegang oleh gigi bersebelahan (abutment teeth).

Dental bridge/Jambatan pergigian kebiasaannya diperbuat daripada porselin agar ianya kelihatan seperti gigi asli.

**Pilian jenis bahan dan prosedur bagi menghasilkan dental bridge/jambatan pergigian adalah sama seperti dental crown**

Mengapa Saya Memerlukan Dental Bridge/Jambatan Pergigian?

Apabila anda kehilangan satu gigi atau lebih, ia boleh mempengaruhi anda dengan pelbagai cara.

Dental bridge/Jambatan pergigian dapat mengatasi perubahan tersebut dengan:

  • Mengembalikan senyuman.
  • Mengembalikan keupayaan untuk mengunyah dengan betul.
  • Memulihkan cara percakapan dan sebutan.
  • Mengekalkan bentuk wajah.
  • Menyesuaikan semula gigitan bagi menyokong pembahagian daya yang betul semasa mengunyah.
  • Mengelakkan gigi bersebelahan/bertentangan untuk tidak bergerak keluar daripada kedudukan asal.
pg slot