Rawatan: Gigi Palsu

Gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang dan tisu di sekitarnya.

Mengapa memerlukan gigi palsu?

  • Untuk menggantikan gigi yang hilang
  • Untuk memudahkan mengunyah makanan
  • Untuk bercakap dengan lebih jelas
  • Untuk mengembalikan profil wajah
  • Untuk mengembalikan senyuman dan keyakinan diri
  • Untuk mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong

Prosedur gigi palsu:

1) Peringkat acuan:

Pada lawatan pertama doktor gigi akan melakukan pemeriksaan dan mengambil acuan gigi untuk membuat model bagi pembuatan gigi palsu

2) Peringkat merekod gigitan:

Bertujuan untuk merekod gigitan rahang atas dan bawah untuk menyusun gigi palsu

3) Peringkat percubaan :

Untuk memberi peluang kepada pesakit untuk mencuba gigi palsu sebelum peringkat penyudahan (dalam bentuk lilin)

4) Peringkat penyudahan:

Gigi palsu yang telah siap diproses akan diberi kepada pesakit.

Arahan untuk penjagaan gigi palsu juga akan diberikan pada pesakit

5) Peringkat rawatan susulan (review):

Untuk memastikan pesakit selesa dan tiada tisu mulut terluka disebabkan gigi palsu

GIGI PALSU AKRILIK

Adalah gigi palsu yang diletakkan dalam acuan resin akrilik yang berwarna merah jambu atau warna gusi.

Kebaikan: Harga yang lebih murah boleh dibaiki sekiranya patah atau boleh ditambah gigi jika perlu

Keburukan:

  • gigi palsu ini lebih meliputi tisu dan lebih tebal berbanding gigi palsu lain
  • lebih senang patah jika terjatuh

Gigi Palsu Bertapak Besi (Chrome)

Diperbuat daripada aloi kobalt kromium. Gigi palsu akan diletakkan ke rangka kerja bersama akrilik

Kebaikan:

  • Lebih nipis dan lebih kuat berbanding akrilik
  • Lebih ringan untuk dipakai
  • Tidak mudah patah jika terjatuh

Keburukan:

  • Harga lebih mahal
  • Mempunyai cangkuk yang kadangkala nampak bila senyum

GIGI PALSU FLEKSIBEL (VALPLAST)

Gigi palsu yang diperbuat daripada bahan yang melentur (flexible) iaitu sejenis bahan plastic yang dinamakan nylon.

Gigi palsu yang popular di dalam pembuatan gigi palsu masa kini

Kebaikan:

  • Lebih ringan,kuat dan tahan lama
  • Lebih nipis dan melentur dari gigi palsu lain
  • Lebih mudah selesa berbanding akrilik
  • Tidak mudah patah jika terjatuh.

Keburukan:

  • Lebih mahal
  • Tidak boleh ditambah atau dibaiki sekiranya gigi palsu lama longgar
pg slot