Rawatan: Implan Gigi

Implan pergigian ialah salah satu rawatan pergigian yang ada bagi menggantikan gigi yang telah hilang. Ia adalah gigi palsu jenis tetap dan ‘akarnya’ atau fixture akan bercantum dengan tulang disekitarnya.

Mengapa Implan Pergigian?

Implan pergigian telah melalui banyak penambahbaikan sejak kali pertama ianya digunakan secara klinikal pada tahun 1965 berikutan kejayaan osseointegration (osseo – tulang, integration – lekatan) yang telah ditunjukkan oleh Professor Per-Ingvar Brånemark dalam tahun 1952 (2). Sejak itu, kajian saintifik telah dijalankan secara meluas di seluruh dunia bagi mempertingkatkan lagi penambahbaikan kepada implan pergigian ini sehingga sekarang.


Prostesis implan pergigian ini telah diterima secara meluas oleh masyarakat disebabkan oleh keupayaanya untuk bercantum dengan tisu tulang, walaupun kosnya adalah lebih mahal. Ini adalah kerana secara psikologinya, pesakit akan merasakan prostesis ini adalah sebahagian daripada bahagian badan mereka.


Secara fungsinya, prestasi prostesis implan pergigian ini jauh melebihi prostesis konvensional jenis tetap yang lain seperti jambatan pergigian. Peletakan implan pergigian tidak mengganggu gigi-gigi yang berdekatan manakala prostesis tetap yang lain memerlukan pemotongan atau penyediaan gigi yang bersebelahan. Prostesis boleh tanggal seperti dentur/gigi palsu biasanya tidak begitu retentif. Implan pergigian boleh digunakan sebagai penambat bagi melekatkan prostesis ini.


Dari segi penjagaan, pembersihan implan pergigian adalah lebih mudah berbanding dengan prostesis jenis tetap yang lain kerana ianya berdiri secara terasing daripada gigi berdekatan, seperti gigi asli yang lain.

Implant Gigi

Jika mempunyai puluhan ribu ringgit untuk dilaburkan kepada rawatan gigi, maka implantlah pilihan terbaik.

Paling sesuai untuk menggantikan sebatang gigi yang tiada atau pun sebagai pegangan gigi palsu penuh bawah.

Sejenis skru yang dibuat dari titanium akan dibenamkan kedalam tulang dan kemudian akan disambungkan dengan crown ( harganya lain dengan harga implan).

Kebaikan:
– Selesa.
– Tiada gigi yang dikecilkan
– Tulang akan terpelihara, tidak akan menjadi lebih kecil
– Gigi palsu bawah tidak akan bergerak-gerak dan longgar, jadi amat selesa memakainya

Keburukan:
– Harganya mahal.
– Tidak semua orang sesuai untuk membuat implan. Tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

Faktor-Faktor Pertimbangan

Walaupun kelebihan implan pergigian jauh melebihi prostesis pergigian yang lain, terdapat faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan kejayaan jangka panjangnya.

Faktor-faktor ini menentukan samada implan pergigian adalah pilihan yang sesuai atau pun sebaliknya.

  1. Kesihatan Umum
  2. Umur
  3. Keadaan Tulang gusi
  4. Kos
  5. Kebersihan Mulut
  6. Tabiat

Sebagai kesimpulan, walau pun implan pergigian secara keseluruhannya adalah jauh lebih baik berbanding dengan prostesis-prostesis pergigian yang lain, ianya bukanlah tanpa melibatkan komplikasi. Dengan itu, pemilihan kes dan perancangan rawatan yang betul adalah amat penting dalam memastikan kejayaannya.

pg slot