Pembedahan Kecil Bagi Pembuangan Gigi Bongsu Terimpak/Minor Oral Surgery (Mos)

  • Gigi bongsu biasanya terimpak/tidak tumbuh dengan betul/terbenam di dalam tulang rahang kerana ruang yang tidak mencukupi untuk tumbuh secara normal di dalam mulut.
  • Cabutan biasa tidak dapat dilakukan untuk membuang gigi bongsu yang terimpak. Oleh itu, pembedahan kecil (MOS) perlu dilakukan.
  • Prosedur ini dilakukan di bawah bius setempat oleh doktor gigi atau pakar bedah mulut.
  • Pesakit akan diberi ubat sebelum dan selepas rawatan bagi mengurangkan keadaan yang tidak selesa.
  • Dalam kebanyakan kes, gigi bongsu menyebabkan gusi di sekitarnya membengkak.
  • Gigi bongsu juga boleh mengakibatkan sisa makanan terperangkap di antara celah dan menyebabkan kerosakan pada gigi di hadapannya.
  • Oleh itu, pembuangan gigi bongsu melalui prosedur pembedahan kecil adalah perlu untuk dilakukan.

Prosedur Pembuangan Gigi Bongsu Secara Pembedahan Kecil

  • Ubat bius setempat akan diberikan di kawasan pembedahan. Pesakit akan merasa kebas di bahagian bibir, dagu, lidah dan pipi.
  • Pemotongan gusi akan dilakukan bagi mendedahkan gigi bongsu yang terimpak.
  • Tulang di keliling gigi akan dipotong untuk memberi ruang kepada gigi bongsu untuk dikeluarkan.
  • Gigi bongsu mungkin perlu dipotong kepada beberapa bahagian supaya ianya dapat dikeluarkan.
  • Setelah selesai, gusi akan dijahit dan pesakit akan diberikan tarikh temujanji selepas seminggu bagi memeriksa semula tempat pembedahan dan membuka benang jahitan.

Komplikasi Selepas Pembuangan Gigi Bongsu Secara Pembedahan Kecil

  • Sakit.
  • Bengkak.
  • Kecederaan kepada tisu-tisu berdekatan kawasan pembedahan (pipi, lidah, gigi bersebelahan, tisu saraf).
  • Kecederaan kepada tisu saraf boleh menyebabkan rasa kebas berpanjangan di bahagian bibir,dagu dan lidah.
  • Kecederaan sementara-0.2% kes.
  • Kecederaan kekal-0.9% kes.

Penjagaan Selepas Pembedahan Kecil Pembuangan Gigi Bongsu

  • Jangan berkumur terlalu kerap atau kuat dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan.
  • Tuam pipi di kawasan pembedahan menggunakan ais bagi mengurangkan bengkak.
  • Makan makanan yang lembut,elakkan makanan yang panas dan pedas.
  • Jaga kebersihan mulut dan juga kawasan pembedahan. Pesakit perlu memberus gigi seperti biasa.
  • Tidak boleh merokok dan mengambil alkohol sepanjang tempoh penyembuhan luka.
  • Ambil ubat-ubatan seperti yang diberikan oleh doktor.
pg slot