Rawatan: Pendakap Gigi (Braces)

Pendakap gigi adalah satu alat untuk membetulkan dan meluruskan gigi serta membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang.

Indikasi Anda Wajib Guna Pendakap Gigi

  1. Membaikpulih fungsi gigi dan mulut
  2. Estetik dan kesihatan mulut
  3. Mengelak masalah sendi rahang (TMD)
  4. Membaikpulih kedudukan gigi yang terimpak, tidak rata atau gigi yang cenderung mendapat trauma dari gigitan yang tidak betul
  5. Membetulkan gigi jongang
  6. Membetulkan overjet, overbite, crossbite ( gigi bersilang)
  7. Untuk menamban baik psiko-sosial seseorang individu yang sering menerima negative impak disebabkan oleh masalah maloklusi gigi

4 Jenis Pendakap Gigi

Fixed Braces

Removable appliance (jenis Hawley retainer)

Invisalign

Invisalign berwarna lut sinar, dan direka khas berbeza untuk setiap pesakit.

Sesuai untuk kes yang ringan hingga sederhana maloklusi.

Removable appliance untuk rahang atas

Dalam kes ini pesakit memakainya bagi membetulkan crossbite untuk sebatang gigi.

Orthognatic surgery atau pembedahan tulang rahang

Sesetengah kes ortodontik dalam kategori kompleks, tidak cukup hanya dengan rawatan pendakap gigi mungkin memerlukan pembetulan tulang rahang( jika masalah gigitan disebabkan oleh kedudukan tulang rahang).

Functional appliance (Twin Block)

Untuk membetulkan gigitan pesakit yang sedang membesar. Memerlukan motivasi dan kerjasama yang tinggi dari pesakit untuk sentiasa memakainya.

Ada sesetengah kes selepas memakai functional appliance, perlu memakai fixed braces.

Mini skru implan

Digunakan sementara untuk menggerakkan posisi gigi yang kompleks.

Prosedur ini tidak menyakitkan kerana diberi bius setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit.

Cara Penjagaan & Kesan Fake Braces.

Penjagaan Pendakap Gigi

Setelah memakai pendakap gigi, pesakit perlu membuat penjagaan rapi untuk mengelakkan masalah gigi lain timbul. Antara cara penjagaan yang disyorkan:

  • Berus gigi 2 kali sehari
  • Flos sekali setiap hari
  • Berus dan flos gigi secara berhati-hati untuk mengelakkan braket dan wayar rosak
  • Menggunakan ubat gigi berflorida
  • Menggunakan ubat kumur mulut untuk membersihkan mulut
  • Mengelakkan snek yang boleh tersekat pada celah gigi
  • Mengelakkan makanan melekit
  • Tidak menggigit makanan keras yang boleh merosakkan pendakap gigi
  • Sentiasa hadir janji temu yang telah diberikan oleh doktor gigi

Komplikasi Penggunaan Fake Braces

Pada masa kini, terdapat satu trend yang semakin popular di kalangan masyarakat iaitu fake braces atau pendakap gigi palsu. Pendakap gigi palsu adalah bahaya sama sekali kerana dibuat oleh individu yang tidak bertauliah dan tidak berlesen. Terdapat banyak komplikasi negatif akibat pemakaian pendakap gigi palsu, iaitu:

  • Kesan dari pelekat boleh menghakiskan lapisan gigi
  • Karies gigi dan gusi berdarah boleh berlaku kerana tiada nasihat penjagaan yang diberikan selepas pemasangan pendakap gigi
  • Boleh menyebabkan perubahan posisi gigi yang tidak diingini
  • Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa kes fake braces yang dilaporkan menyebabkan pergerakan gigi dan hampir tercabut dari gusi.



Prosedur (Tiga Fasa)

Prosedur Fasa Pertama: Pemeriksaan dan Perancangan(Treatment Plan)

– Mulut, sejarah masalah kesihatan dan pergigian.

– Ambil acuan menggunakan gel yang akan mengeras di dalam mulut dan gigi.

– Tujuannya sebagai model gigi (study model) untuk membolehkan doktor yang merawat untuk melakukan pemeriksaan terperinci pada posisi setiap gigi, dan hubungkait antara setiap gigi.

– Ambil X-ray.

– Ada dua jenis X-ray biasa yang diperlukan iaitu Panoramic x-ray(OPG) dan Lateral Cephalometric.

– Jenis X-ray lain seperti x-ray dalam mulut ( Bitewing, Periapical), Cone Beam Computed Tomography (CBCT) akan diambil jika perlu.

Prosedur Fasa Kedua: Fasa Aktif (Active Phase)

  • Dental clearance berdasarkan perancangan fasa 1( contoh : cuci gigi, tampal gigi berlubang, cabut gigi dan rawatan asas lain yang perlu)

  • Pemasangan jenis pendakap yang sesuai akan disarankan oleh doktor.

  • Secara amnya, rawatan ortodontik mengambil masa 6-30 bulan bergantung pada tahap kelas maloklusi, jenis rawatan digunakan, dan tahap kerjasama pesakit.

Prosedur Fasa Ketiga: Fasa Penahanan/Pengekalan (Retention Phase)

  • Setelah gigi berada dalam posisi yang betul , pendakap akan ditanggalkan oleh doktor dan pesakit mungkin perlu memakai retainer.

  • Tujuannya adalah untuk menahan gigi bagi memastikan gigi tidak kembali ke posisi asal.

  • Retainer perlu dipakai dalam jangkamasa tertentu seperti yang disarankan oleh doktor.
pg slot