Rawatan: Akar Gigi

Rawatan akar (rawatan endodontik) adalah satu rawatan alternatif bagi gigi yg rosak dimana tisu pulpa telah dijangkiti kuman dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Rawatan ini khususnya bertujuan untuk mengekal gigi tersebut di dalam mulut dan kembali berfungsi.

Indikasi Rawatan Akar Gigi

1) Gigi yang berlubang besar atau patah sehingga melibatkan saraf.

2) gigi yang mengalami kesakitan yang kuat apabila diketuk, tekan, atau gigit (tender to percussion).

3) Gigi yang bengkak gusi di bahagian hadapan akar gigi.

4) gigi yang memerlukan rawatan akar sebelum diletakkan tiang atau crown(sarung gigi).

5) gigi yang mengalami keretakan (cracked-tooth)

Bagaimana Prosedur Rawatan Akar Gigi?

1) ubat bius akan diberikan untuk mengelakkan rasa sakit.

2) pesakit akan dipakaikan rubber dam ataupun getah untuk memisahkan gigi dari gusi dan air liur.

3) gigi akan ditebuk menggunakan bur dari bahagian belakang atau atas gigi untuk mencari lubang saraf gigi.

4) saraf gigi yang telah terkena jangkitan atau yang telah mati akan dikeluarkan dari salur akar gigi.

5) salur akar gigi akan diinfeksi dengan air solusi antisepsi dan antibakteria.

6) salur akar akan dibentukkan menggunakan alatan khas untuk memudahkan proses akhir rawatan akar.

7) proses meletak gutta percha dan sealer (bahan yang akan diletakkan secara kekal dalam salur saraf) untuk menghalang jangkitan kuman berlaku semula di dalam salur akar.

8) Gutta percha adalah bahan thermoplastik yang boleh dibentuk menggunakan haba untuk dimuatkan di dalam salur akar.

9) gigi kemudiannya akan di tutup dengan tampalan kekal. Namun jika perlu, tiang (post) perlu diletakkan untuk menguatkan lagi tampalan.

10) Ataupun untuk sesetengah keadaan perlu kepada pembuatan crown untuk disarung pada gigi untuk megelakkan gigi dari mudah patah

Kebaikan Rawatan Akar:

1) menghilangkan kesakitan akibat jangkitan kuman pada gigi

2) gigi tidak perlu dicabut sekaligus mengelakkan dari mengalami kesan dari cabutan gigi seperti:
– kurang gigi untuk proses mengunyah atau menggigit
– ruang gigi yang dicabut tidak perlu diganti dengan implan, bridge atau gigi palsu
– gigi bersebelahan dan bertentangan dengan gigi yang dicabut tidak akan bergerak
– mengelakkan tulang mengecut di kawasan gigi yang dicabut

Keburukan Rawatan Akar:

1) tiada jaminan rawatan akar seratus peratus akan berjaya,samada :
– salur akar tidak dapat dibersihkan sepenuhnya
– terdapat salur akar yang tidak dapat dijumpai (missed canal) kerana terlalu kecil ataupun disebabkan kehadiran ‘batu’ pada saraf (pulp stone)
– alatan (endo file yang kelihatan seperti jarum) yang digunakan boleh patah di dalam salur akar. Ini boleh terjadi dalam 2.6 % kes dan lebih kerap berlaku pada gigi di bahagian atas rahang dan pada akar yang bengkok
– perforation atau alatan tertembus dari gigi juga boleh berlaku pada 4 % pesakit.

2) pesakit perlu datang beberapa kali untuk mendapakan rawatan dan tempoh rawatan yang lama akan menyebabkan rahang pesakit sedikit lenguh

Kesan Rawatan Akar:

1) gigi boleh menjadi rapuh dan mudah patah selepas rawatan akar.
2) gigi boleh berubah warna menjadi sedikit gelap.

Kedua-dua kesan ini memerlukan pesakit untuk membuat rawatan susulan seperti tiang(post) untuk menguatkan gigi menerima bahan tampalan.

juga crown (sarung gigi) untuk mengelakkan dari gigi mudah patah dan dan lebih estetik

pg slot