Rawatan: Scaling & Polishing

Scaling ialah satu prosedur membuang karang gigi anda di permukaan gigi bahagaian belakang gigi. Scaling juga boleh menghilangkan staining atau kesan-kesan hitam di gigi anda tetapi tidak se-efektif polishing.

Polishing pula adalah satu prosedur untuk membersihkan staining atau kesan-kesan hitam yang selalunya berpunca sama ada warna air teh, kopi atau kesan merokok.

Kenapa Anda Patut Scaling & Polishing Gigi Anda?

Rawatan scaling & polishing sangat penting untuk setiap peringkat umur. Secara amnya, rawatan scaling adalah untuk membuang karang gigi. Karang gigi yang tidak dibuang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti radang gusi, gigi longgar dan sebagainya.

Karang gigi ialah plaque gigi (atau lebih dikenali umum sebagai tahi gigi) yang telah terkumpul dipermukaan gigi dalam jangka masa yang panjang. Karang gigi hanya boleh dibersihkan oleh doktor gigi dengan menggunakan alatan yang hanya terdapat di klinik gigi.

Justeru, sebelum plaque gigi bertukar kepada karang gigi, kita hendaklah kerap memberus gigi yang mana plaque gigi dapat dibersihkan dengan menggunakan berus gigi.

Bagaimana Prosedur Scaling & Polishing?

Rawatan scaling selalunya memerlukan satu sesi atau beberapa sesi rawatan. Ia bergantung kepada tahap keseriusan karang gigi dan posisi gigi anda.

Semasa rawatan dijalankan, akan terdapat rasa yang tidak selesa (ngilu) apabila alatan yang digunakan (ultrasonic scaler) lalu dipermukaan gigi dan gusi anda. Selain itu, anda juga akan rasa kebas dan tidak selesa dibahagian rahang. Hal ini kerana pembukaan mulut sewaktu rawatan scaling.

Selepas siap rawatan scaling, rawatan polishing terus dilakukan untuk menghilangkan rasa kasar di permukaan gigi dan juga kesan-kesan hitam yang tidak dapat dibersihkan oleh rawatan scaling tadi.

pg slot