Rawatan: Tampalan Gigi.

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam.

Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

Bila Anda Wajib Tampal Gigi?

•  Apabila gigi mula rasa sensitif terutamanya ketika minum air panas atau sejuk atau apabila makan makanan manis atau masam
•  Rasa sakit mencucuk-cucuk atau berdenyut-denyut
•  Sakit gigi ketika menggigit atau mengunyah makanan
•  Dapat merasakan lubang dengan lidah atau melihat permukaan gigi yang berlubang
• Makanan sentiasa tersangkut dalam lubang atau diantara gigi
• Apabila tampalan gigi sedia ada mulai retak atau pecah

3 Jenis Tampalan

Amalgam Filling

  • Tampalan yang berwarna silver kehitaman.
  • Antara tamplan yang kuat dan mampu bertahan kepada tekanan semasa mengunyah makanan
  • Tidak sesuai digunakan untuk gigi hadapan
  • Kebaikan: Sangat kuat dan tahan lama
  • Keburukan: Kurang cantik

Composite Resin

  • Tampalan sewarna gigi
  • Sangat sesuai digunakan pada gigi depan
  • Mudah bertukar warna bergantung kepada gaya hidup individu
  • Kebaikan: Menyerupai warna gigi
  • Keburukan: Boleh berubah warna

Glass Ionomer Cement (GIC)

  • Tampalan sewarna gigi
  • Sesuai untuk gigi belakang yang mempunyai lubang yang dalam
  • Mempunyai fluoride yang mampu menghentikan aktiviti karies gigi
  • Kebaikan: Menyerupai warna gigi
  • Keburukan: Bersifat rapuh dalam jangka masa panjang
pg slot