Rawatan: Veneer Gigi

Veneer gigi adalah seperti cengkerang berwarna yang tipis dan berwarna yang melekat pada permukaan depan gigi untuk memperbaiki penampilannya.

Ia selalunya dihasilkan daripada bahan porselin atau komposit resin serta melekat secara kekal. pada gigi anda.

Indikasi/ Tujuan Veneer

  • Baiki dan mencantikkan bentuk gigi yang patah /pecah
  • Menutup ruang gigi yang jarak/jarang
  • Gigi yang telah bertukar warna yang seperti fluorosis, tompok coklat/putih(staining)
  • Memutihkan gigi secara kekal
  • Baiki kecacatan gigi yang minima

2 Jenis Veneer Gigi

Jenis 1: Composite Veneer (Direct)

Kebaikan Composite Veneer:

  • Siap dalam satu temujanji sahaja
  • Lebih murah
  • Boleh dibaiki jika pecah
  • Minima struktur gigi yang dibuang

Kekurangan Composite Veneer

  • Boleh berubah warna, perlu kilatkan (polish 6 bulan sekali)
  • Boleh haus lebih cepat berbanding porcelain veneer
  • Perlu dibaiki dan diganti lebih kerap jika pecah

Jenis 2: Indirect Veneer 

Terbahagi kepada dua jenis iaitu Porcelain veneer dan Componeer.

  • Componeer adalah sejenis composite veneer yang diproses, sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan remaja sebagai tampalan sementara sehingga bahagian korona gigi tumbuh sepenuhnya pada usia 18 tahun ke atas.
  • Porcelain veneer ialah veneer yang di lakukan di Laboratory, proses mengambil masa untuk siap (biasanya 10 hari bekerja)

Kelebihan Porcelain Veneer

  • Lebih estetik dan nampak natural
  • Konservatif
  • Tidak muda berubah warna seperti composite veneer
  • Lebih tahan lama berbanding composite veneer

Keburukan Porcelain Veneer

  • Lebih mahal
  • Tidak boleh kembali pada gigi asal jika sudah dinipiskan gigi ( irreversible process)
  • Boleh menyebabkan gigi sensitif( sedikit, sementara ataupun tidak akan berlaku langsung)
  • Sukar dibaiki jika pecah, perlu buat baru
  • Lebih banyak struktur gigi perlu dibuang berbanding Composite Veneer

Prosedur Veneer

Teknik Composite Veneer( Satu Kali Temujanji)

  1. Bersihkan permukaan gigi
  2. Pemilihan warna gigi
  3. Penyediaan gigi- dinipiskan , dibersihkan karies atau kecacatan yang ada
  4. Proses seperti tampalan keseluruhan permukaan gigi

Teknik Porcelain Veneer (Dua Kali Temujanji)

Temujanji Pertama:

  1. Pemilihan warna gigi
  2. Penyediaan gigi- permukaan gigi dinipiskan 0.5mm
  3. Acuan gigi- dihantar ke makmal untuk di proses
  4. Veneer Sementara disarung

Temujanji Kedua:

  1. Veneer sementara dibuang dari permukaan gigi
  2. Percubaan porcelain veneer (try in)
  3. Menyimen porcelain veneer pada permukaan gigi( dilekatkan)
pg slot